Sunday, November 9, 2014

Paparan ini adalah khas ditujukan kepada
X-SMTIZ 81-85

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan  Allah

Memori

Reunion X-SMTIZ 81-85 Kali Ke-2

Tarikh 08 November 2014

Lokasi Dewan Bidara Hotel UITM Dungun.

 Inilah dia barisan saeng-saeng yang hadir di majlis Reunion kali ke 2.
Bermula dari barisan belakang turutan dari kanan ke kiri- Mohd Azam, Emi, Murad, Shukur, Alias, Hisyam, Zaheruddin, Nazri, Sazali, Rostam, Rodi, Norliza, Kamisah, Aimal, Rozida, Zaleha & Wan Noodiran. 
Barisan depan pula ialah Zulkifli, Zaumaidi, Rosli, Mohd Shahril (Che Mat), Che Azhar, Robiah, Rohaya, Nik Mazidah, Jamilah & Wan Akmal.

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah, seramai 27 orang telah menghadiri seterusnya menjayakan majlis reunion. 

 Suasana di tempat pendaftaran.

 Ning Nazri baru sapa dang liah pulok tu dok habih agi daftar. Mungkin lame dok nulleh kok.

 Rostam, Rodi dan Nazri ning tengoh cerite pasa mende pulok ning.

 Gaye 2 orang ning macam nok goccoh je. Sabo weh, dokkang baru juppe nok goccoh slalu.

 Ning pulok base dia doh mule mule sapa, duk bollok, masing-masing ikuk dang je.
Hok soheh nye, sereme orang hepi..... Ke ganne!

 Milah ari ning jadi ketua pendaftar, bahagiang lihak dang keleh skali skale di meje pendaftarang.

 Ni toh Puang Yang Berusaha untuk majleh kite pada ari ning.

Masing-masing kontro puangcho.... Leha tengoh tarik napah..... dok dang redi nye ambik dok starang gambo.....

 Hok ning wokay..... seremenye senyung temewek...... peewwwiiiiiiittttttt!!!!!!

 Majleh sebenonye dok stak agi ning. Disebabkang ayu ning mari keto ketorang dang nok balik pong keto ketorang makenye kite pakak ambik gambo nge ye sto. Terime kasih diucakkang pade Ayu sebak singgoh gok sto  di majleh ning walaupong sekejak.

 Jeng jeng jeng....... dengan bergemanya suara MC Che Mat maka bermulah majleh kite ning.

 Bacaang Doa terik ning kite wi ke Zaha. Pasanya Zaki dok leh mari saak saak akhir. Dang yang laengnye duk pakak aminnnnn je lah.

 Ning dia Kkeluarga Che Azhar.

 Liah tu pulok sebeloh tangan duk tadoh doa dang sebeloh agi duk belek ke gelah dang Mat Azam tu pulok melemparkan jelingan manje tapi tetap tekun dengan tadahan doanya......

Orang laeng duk tadoh doa..... nye 2 orang duk ralek gelekek.

Tadoh doa ke duk ralek sembang tuuuuuu.....

 
Yang Berusaha, Puan Robiah Hussain sedang memberi sepatah dua kata sebaik saja selesai bacaan doa. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Beliau juga amat mengharapkan agar di masa masa akan datang dapat penyertaan dari ramai lagi rakan rakan yang lainnya. Dukacita dirakamkan kerana ade gok yang tak boleh hadir pada saat akhir dimana semua persiapan telah dibuat untuk mereka. Kasihan! Kasihan!.

Sabo je lah Biah weh. Nok wak guane, kerije Allah belake....


Inilah dia di perlihatkan buat kali pertama secara live dari dewan bidara hotel UITM Dungun, Majlis telah mempersilakan Encik Hisyam Harun bagi memberi ucapan. Inilah dia orangnya yang begitu bermurah hati menaja tempat, banner serta makan minum majlis reunion kali ini.

Kami seluruh rakan rakan mengucapkan ribuan terima kasih diatas apa yang disumbangkan oleh En. Hisyam.


 Mastar Sazali, Mastar Zaher dang jugok suami nye zaleha sedang mengadakan diskusi kosong. Hamtam sajalah cerite mende pong eehhh.


Sang ralek tuh. mungkeng duk dengo che mat cakkak kok nye. Zalli padang sibuk layang wassak nge taligreng mooonyer. Syukur dang liah pong ade gok.

Sazali dang hisyam masih lagi kekal di kedudukan mereka namun syukur dan alias telah tersingkir dari carta ini dan seterusnya telah direbut oleh artis baru iaitu rostang dimana beliau telah lama merangkak dari anak tangga yang terbawah terus aje ke bowoh umoh. Nye wak nappe dok tahu sittu.

Entah camana kejadiannya, Leha dan Zida telah buat muke sembe nye. Dan sambil itu mungkin mereke berdua ning sedang memikirkan idea-idea seterusnya setelah ketandusan idea bilamana berjumpa Rodi si tukang masak diraja.


Mat Azam sedang sibuk melayani kaum kaum hawa. Berbagai pertanyaan yang di ajukan. Nye dok jawak starang pong eehhh. Duk ralek sengeh je. Ce Tengok dalang gambo tu. kering gittu ah gigi. Buleh jadi Azang gune obak gigi darlie kok. Tu yang jadi lagu tu nyeeee..... haiiiii dok ape lah weh.


Zul Mamat's AMBS Fire Fighter, Rodi The Sultan Of Swing Chef, Morad The Book Keeper And Wan Akmal Hubby The Green One. Free Agenda & Chat Session.........


Dua kumpulan kecil sedang mengadakan perbincangan tapi Norliza lasong dok dulli. Makang beh agi katenye........ Molek ah Norliza weh. Gomo gi ah..........


 Hah nie dia  yang betul-betul ber reunion. Inilah yang dikatakan coto dang teladang. Blang-blang slo, ambik toh 2 teruhhhhhh. Dang ong de wey agi tuh, dengo stekmeng ye ari tu. 1 in 2 Happy Family.


 Ning Che Mat eng pemili. Anok ade 2 agi tu dumoh. Takmboh ikuk starang. Gok seremenye 4 lakki. Arak ke sorang tu je puang hok che mat ade. Hok puang tu hanyalah bining ye je. hehehehehe


 Hok ning pulok ialah pasangan Leha........ anok anok nye dok bowok takuk kaca daung....... sebak sebelong nikkoh dok rajeng deting....... sedo sedo jaddi laki bining je....... jadi di kesempatan ini saya serta suami telah mengambil langkah yang drastik iaitu keluar rumah secara senyap-senyap tanpa anak-anak sedar... Kereta awal lagi parking jauh sikit pada rumah. makanya di hari ini sempatlah kami dating buat kali pertama........  yeeee haaaaa andale andale arrrriiiiibaaaa arrriiiibaaaa..........


Mama cakap ape mama....... dipersembahkan keluarga Puan Jamilah sedang memperkenalkan diri pada hadirin dan hadirat yang menghadiri majlis. Si suami hanya mampu senyum terkelu seribu bahasa dek syair yang di sampaikan isteri tercinta. Bersiap sedialah nanti kemunculan album single nya nanti...

 
 Puan Rohaya Ngah ditemani puterinya di atas pentas. Beliau telah menyampaikan pantun dan seloka sempena Majlis Reunion ini. Dalam temuramah sebelum ini beliau menyatakan amat teruja kerana berkesempatan berjumpa rakan-rakan yang telah lama terpisan. Dengan hati yang bercampur sedih serta gembira itu beliau menyampaikan teka teki dengan penuh penghayatan.....


 Jeng jeng jeng....... Berita hari ini. Puan Rozida didapati terpaksa mendapatkan perkhidmatan alih bahasa kerana beliau terlupa macam mana nak berucap menggunakan bahasa TIBET selepas masa melangkah naik ke atas pentas beliau hampir tersembam dan kelihatan jelas beliau mengalami masalah kekurangan darah merah. Mungkin itu lah sebabnya beliau perlu perkhidmatan pakar alih bahasa dari puterinya sendiri. Di nasihatkan agar puan Rozida mengamalkan makan kerang dan juga hati bagi memulihkan kesihatan beliau. Banyakkan rehat ........ JAngan lupa puluk lepe tuuuuuuu..........


One Big Family From Single Mother. Powered By - Shukur Shafie
Filem ini dijangkakan akan ditayangkan buat penonton dirumah melaliu saluran Astro Mix FM pada 21 november 1972 akan datang. Nantikan siarannya di kaca talibesen anda!!!!!!